Thursday, April 4, 2019

1.5 Mengembangkan Bank Idea dan Penulisan

1. Tambah sumber bacaan.

Sumber bacaan bukan sahaja buku, malahan apa sahaja yang menyebarkan maklumat dan menyampaikan ilmu. E-buku, fleksibel dan mudah hanya baca di gajet. Majalah bersifat lebih fokus kepada tema tertentu dan terkini. Bagi sumber berita semasa boleh dapatkan surat khabar sama ada secara digital atau bercetak serta mana-mana portal yang menyampaikan info yang sahih dan benar. Walau bagaimanapun, tabayyun dalam menghadam mana-mana berita atau maklumat sebelum kita ulas atau tulis lebih lanjut.

2. Menulis setiap hari.

Semakin kerap menulis, semakin lancar idea mengalir dan semakin berkembang sesuatu idea. Latih diri menulis setiap hari walaupun hanya beberapa baris ayat. Latihan ini boleh membiasakan diri untuk  mencambahkan idea sedia ada atau idea utama.

3. Menonton filem/ drama / teater / persembahan. Buat ulasan.

Antara latihan menulis yang mampu membuatkan idea meluncur laju adalah setelah selesai menonton filem / drama / teater atau sebarang persembahan. Bagus atau tidak, sama ada kita suka atau sebaliknya, ulaskan. Ulasan tidak ada benar atau salah. Ulasan adalah pandangan peribadi, jadi tuliskan apa pendapat kita terhadap apa yang ditonton.

4. Menyertai aktiviti kemasyarakatan. Kongsi aktiviti yang dilakukan, cadangan penambahbaikan, pengajaran yang diperolehi.

Bermasyarakat bukan sahaja menambah kenalan, malah menambah jaringan dan pengalaman. Setiap program yang dijalankan pasti ada ruang untuk diteruskan, ditambah baik atau dikembangkan. Tuliskan tentang aspek tersebut.

5. Tetapkan folder dengan tajuk.

Pastikan bahan penulisan disimpan dalam folder dan dilabel dengan tajuk atau genre yang sesuai supaya memudahkan kita membuat rujukan pada masa akan datang. Selain itu supaya melindungi idea asal atau idea yang diperam dapat digunakan pada masa yang bersesuaian.

No comments:

Post a Comment