Setiap orang ada keselesaan sendiri untuk wujudkan bank ideanya. Tak kisahlah secara
online atau
offline, asalkan ada sebagai rujukan dan kemudahan diri sendiri juga.
Secara
offline, boleh ikuti cara berikut.
1. Guna buku nota kecil (buku 555 contohnya), tulis tarikh dan catat apa saja idea yang singgah di fikiran anda. Boleh diselitkan dalam beg. Bersifat
mobile. Mudah dibawa dan ditulis. Jangan lupakan pen, paling baik pen yang diikat pada buku, tidaklah tercari-cari bila nak menulis.
2. Guna
post-it notes/sticky notes. Saiz
notes, terpulang kepada selera dan keselesaan.
Notes yang kecil boleh ditulis perkataan penting/kata kunci.
Notes yang lebih besar, boleh tulis besar-besar atau sedikit penerangan tentang idea. Boleh gunakan
notes berwarna-warni juga jika suka.
Notes boleh ditampal pada papan di meja kerja atau tidak diceraikan dan dibawa seperti buku nota kecil dalam beg.
(Gambar post it notes)
3. Guna log book/buku nota biasa/diari/
planner/
organiser. Bagi memudahkan rujukan, boleh tetapkan setiap satu buku dengan satu tajuk atau genre sahaja. Contohnya, buku nota biru untuk nota tentang kecantikan wajah. Buku nota merah untuk kesihatan rambut. Spesifikkan tajuk supaya minda tak serabut. Catatkan semua dapatan beserta rujukan dalam buku. Pastikan buku dilabel.
Secara
online, boleh gunakan cara begini.
1. MS Word. Mungkin ada idea melintas semasa bekerja dengan komputer, boleh terus simpan dalam format ini dan letakkan dalam satu folder 'BANK IDEA'.
2. Aplikasi telefon. Boleh
install dan guna aplikasi nota di telefon pintar. Contoh aplikasi yang saya biasa gunakan: Evernote, Google Keep. Aplikasi yang boleh boleh
sync dengan laptop lebih baik. Menjimatkan masa.
3. Tulis di Facebook dan letakkan tanda pagar (
hashtag). Boleh setkan status kepada '
Only Me' jika idea tersebut belum sedia untuk dikongsi. Bagi memudahkan penulisan tadi dicari semula, hanya taip dan cari # yang kita wujudkan. Contohnya #bankidea2019 atau #bankideamotivasi.
4. Gunakan channel Telegram. Cipta channel Telegram sendiri dan tuliskan di situ. Boleh juga catatkan dalam Saved Messages.
5. Tulis di blog atau Wattpad. Kedua-dua platform ini mampu bantu penulis mengetengahkan karya walaupun belum siap sepenuhnya. Boleh bina
tribe pembaca awal melalui platform ini. Amat membantu jika ingin memasarkan karya kelak.
(Gambar Wattpad)